Note

KINI AKU CUBA MEMBAWA SUASANA YANG CERIA.. SAMBIL BERKARYA DENGAN SPONTAN..

Tuesday, February 14, 2012

Saya akan undur diri..


Kenapa saya rasa saya tidak mempunyai semangat untuk UPDATE sekarang ini? :'(

Hi :') Saya tuan punye blogspot yang menulis berkata, Saya ingin "meminta maaf" misal kata saya terkasar bahasa, menyakitkan hati anda dan sebagainya dengan apa saya update didalam Blogspot, Twitter & Facebook saya selama ini didalam laman sosial saya sendiri. kepada anda yang follow laman sosial saya ini, Untuk pengetahuan anda semua, saya hanya menggunakan laman sosial saya untuk  menghilangkan Kesedihan, Kesunyian & Kemarahan dalam perjalanan hidup saya. Anda nampak saya seorang yang ceria, lawak dan mesra.. dengan apa saya Update mengenai cerita dari saya. tetapi, disebalik saya update itu.. mempunyai maksud yang membuat anda rasa sedar dengan apa anda lakukan di atas muka bumi ini. jadi, saya ingin meringkaskan cerita kepada anda.. saya telah dicaci dan dimaki bertalu-talu oleh seseorang pembaca.. mengatakan Setiap apa yang saya update tidak begitu bagus.. (*selit ayat caci *****) dan karya saya menulis ibarat budak baru belajar (*selit ayat caci *****) dan ada selebihnya saya terpaksa merahsiakan kata kata beliau (*selit ayat caci *****) daripada anda. kini saya sekali lagi ingin "meminta maaf" kepada anda semua, niat saya memang untuk menghilangkan Kesedihan, Kesunyian & Kemarahan dalam perjalanan hidup saya selama ini. tiada niat lain. kalau benar² bencikan blogspot saya. tolong jangan caci saya.. kerana disini lah tempat saya mengadu..


"maafkan saya.."
saya tidak akan update blogspot saya lagi. saya sedih..  :'(

Terima Kasih


Monday, January 30, 2012

tidak akan pandang kebelakang


Maafkan aku, aku terpaksa meletakkan satu luahan yang berada diatas kertas itu.
Ini adalah luahan aku paling halus untuk kau fahamkan sekarang ni.
Harus tahu mana silapmu & dan aku sudah pon sedar mana silap ku.
Ibarat membeli barang untuk mendapatkan harga mesti kita timbangkan dahulu untuk
mengetahui berapa jumlah sebenarnya.
seperti kita selama ini, aku sudah pon memberi muka.
tapi, pengakhiranya adalah duka.
Yea ! kau yang terluka & aku adalah suka.
aku bukannya rugi kalau kehilangan harta atau pon rupa.
kerana aku mempunyai hati yang cukup setia pada tuhan yang maha kuasa.
kerana tiadanya dia tiada la kita.
ingat, sikap mu yang membuatkan aku mengutuskan tiada ikatan di antara kita.


Yang Benar
aku tukang mengarut..
Terima Kasih =D


inginku menjadi burung

hidup aku makin lama makin perit apabila dikenangkan kisah silam. aku masih menanti hari demi hari untuk mengisi aku yang sedang kosong disaat ini..yang sekian lama diselubungi dengan dosa dari segi kejahatan ku. kau adalah manusia, pasti kau akan memahami segala perasaan manusia dengan apa yang di timpanya selama ini dan kau pasti akan memberi muka kepadanya. kau manusia yang biasa dan tiadanya kuasa untuk kau menghukumnya. kini kau di bawa berlari bersama bayang bayang yang sentiasa menemani kau setiap hari demi hari. kau adalah insan yang tidak sempurna dari segi harta dan juga rupa.. kau sedar, yang kau tidak lagi layak untuk memiliki semua yang kau ingin memiliki. tetapi, dengan segala usaha kau untuk berjaya. kini kau terbangkan aku seperti burung yang lain dilepaskan dari tuannya. aku terbang begitu tinggi.. sehinggakan aku memerhati alam di bawah ku ketika aku terbang.. kerana, aku sedar.. bahawa aku adalah mempunyai kehidupan seperti mereka yang berada dibawah sana.. aku terbang diatas bukan kerana aku bebas. tetapi, niat ku hanya memerhati untuk menolong mereka yang terbabas dijalan yang tidak benar.. tetapi aku sedar, dengar kebesaran aku ini tidak mampu memberi kepercayaan untuk mereka yang aku masih mampu untuk menolong mereka.. dari segi ini manusia selalu memandang rendah kepada ku. harus diingatkan, bahawa jangan lah kita memandang rendah kepada sesiapa pon baik buruk atau pon jahat.. burung boleh terbang kemana saja mereka suka.. terbang tinggi meninggalkan kite yang suke memandang hina kepada mereka.. tetapi, manusia juga harus sedar, bahawa manusia tidak boleh terbang seperti mereka.. kerana kita tidak lah begitu sempurna untuk terbang bersama mereka.. misal kata ada manusia yang boleh terbang bersama.. maka, manusia itu adalah orang gila yang tidak mempunyai akal. kerana manusia itu cuba terjun dari tingkat 21 untuk merasakan seperti nikmat apabila terbang. itulah ending cerita ni kepada si bangang yang membacanya.. =D

Saturday, January 28, 2012

Dah nak 1 tahun dengan die. tapi sayang aku malu..

Cerita ini korang yang membaca kena la ambil feeling sikit ok ;) ini jiwang tak hengat nih. HaHa !
Okey aku cerita bermula disini. P'kenalan ku bersama dia apabila aku telah memasuki alam p'kerjaan di ... Ok.
mulanya aku b'kerja aku tidak sedar yang aku sedang diperhatikan dengan berapa ramai orang yang b'kerja disitu..
Tapi, dengan tidak sedar diri.. Selama ini aku selalu bertemu dengan dia.. Ya allah.. Dah nak dekat setahun aku bersama dia.. Baru aku sedar yang aku sudah pon di intip dengan pelbagai orang.. Ibarat peluang didepan mata! Fuhh..
Korang mesti ingat aku jatuh cintakan. Korang jangan salah faham.. Aku nak cerita yang pintu tandas yang aku gune pakai selama ni "berlubang!" So, aku sendiri ta tahu selama aku buang air ada orang intai ke tak.. Haha! Serious setahun aku kerja dekat situ. baru aku tahu yang pintu tandas tu berlubang. Sumpah malu.. Sampai sekarang aku mendoa agar org yang keje dekat situ ta intai aku. So, korang fahamkan kalau situasi tue berlaku pada diri korang. Sumpah korang mesti nak tutup muke pakai kotak.. Haha! Eh, ok la.. Aku dah banyak merapu dah ni. Lain kali kalau ada cerita aku update lagi ok. Adios..

Thursday, January 26, 2012

menitis air mata..

aku ingin meminta mimpi yang aku berada dineraka.. kerana aku sedar.. setiap manusia pasti tidak lari dari kesalahan bukan.. adakah aku akan bermimpi yang aku akan berada dineraka ? hati kecil aku menjawab.. biarkan kau menerima mimpi dengan sebegitu cara.. dengan cara itu akan membantu aku untuk memberi pengajaran.. aku dapat panggilan dari sahabat aku yang telah mengalami mimpi sebegitu ngeri dalam hidup die.. sehinggakan dia telah berubah kejalan yang benar.. Ya Allah , menitis air mata aku setelah mendengar cerita mengenai mimpi yang dia alami.. dalam masa 3 jam die ibarat diseksa hidup².. ya allah.. kau berikan aku peluang seperti sahabat aku ini ya allah.. adakah mimpi ini dia dipilih? hati aku bertanya sambil memikir panjang demi kehidupan aku seterusnya.. adakah ada peluang untuk aku tebus segalanya utk memperbaiki keadaan sekarang ni.. Ya Allah, setiap titisan air mata aku ni.. kau pilih aku untuk mimpi tersebut.. kerana aku ingin alami dengan hati kecil ku sendiri.. dia sahabat aku yang berubah dalam sekelip mata.. kau adalah hamba allah yang terpilih dalam mimpi tu.. aku sebagai sahabat mendoakan kau supaya dicucuri rahmat.. setiap titisan air mata aku sebagai sahabat.. aku harap kau dapat menyelamat rakan rakan kita sekarang ini yang tejerumus ke jalan yang tidak benar.. kau bimbing la mereka.. kau ajar la merekaa.. begitu juga aku.. yang tidak sempurna dalam bab keagamaan.. "Titisan Air Mata" sebagai "Sahabat" =')

Maafkan aku..

aku tak ada niat untuk memalukan sesiapa dalam setiap percakapan aku kepada mana-mana laman sosial.. ianya sebagai satu luahan dari hati aku sendiri.. aku tidak mampu untuk melakukan semua ini melainkan ianya sudah lama untuk aku perhatikan.. dan segala apa yang aku update itu adalah "satu luahan hati" tetapi, masih lagi yang senang terasa hati.. please buka minda.. kite masing masing mempunyai kelebihan berpetah bila bercakap.. jadi kita kena fikir.. mana baik dan mana satu buruk.. harap korang faham apa tujuan aku sebenarnya. misal kata adanya salah dimana mana. sila beri teguran kepada aku untuk aku memperbaiki kesalahan aku.. terima kasih.

cerita aku dan kau

aku tak penah melepaskan kata-kata menyesal mengenal siapa diri kau. tapi, aku ingin menjelaskan kepada kau.. selama aku dan kau dalam hubungan ni.. kau membuatkan aku terseksa. sehinggakan aku tidak boleh terima sikap kau yang ego & sombong.. kau tidak sedar, yang kau sudah pon tidak menghargai aku yang bersama dengan kau selama ni. walaupon pekenalan kite terlama.. kau masih tidak memahami apa yang aku perlukan dari kau.. aku cuma nak tekankan disini.. harap selepas pemergian aku dalam hubungan kite selama ni.. harap kau dapat mengubah sikap kau. kerana sayang dengan perjalanan hidup kau.. walaupon aku tahu untuk menjaga diri sendiri.. aku tidak penah tinggal utk mengambil tahu pasal kau walaupon aku bukan teman istimewa kau buat selama-lamanya.. harap dengan apa aku cakapkan sekarang ni.. kau dapat terima dengan hati yang terbuka.. walaupon, aku sendiri penah rasa hidup dengan kau dalam perhubungan kite sebagai kekasih hati. bagi aku ini biar lah kali terakhir utk aku mengenali apa itu cinta. dengan penuh kejujuran & keihklasan aku dalam hubungan ini utk menyanyangi kau.. aku sendiri terseksa dengan sikap kau yang telah menjadi bukti didepan mata aku sendiri.. tapi, ianya bukan berlaku buat pertama kali. tetapi, berkali-kali. aku terpakse membuat ianya satu prasangka buruk aku kepada kau untuk menyedapkan hati aku untuk teruskan menjaga hubungan aku dgn kau. tapi, ianya terbukti.. kini biarkan aku sendiri mengundur diri, aku tidak sanggup menerima ending seterusnya dengan hati tidak terima dengan apa terjadi nanti. maafkan aku. kau cuba memalukan aku, tetapi aku tidak sanggup memalukan seseorang yang dinama bekas kekasih.. kerana aku tahu, hati wanita lebih lembut dari lelaki.. jadi aku hormat kau sebagai wanita. misal katanya aku ada peganti, akan aku hulurkan satu kad jemputan khawin utk keluarga kau. dari situ aku nak kau tahu.. bahawa aku perlu seseorang yang aku ingin jadikan ia bagai bidadari yang akan hidup bersama aku buat selama-lamanya.. ianya dinamakan "Isteri" =') aku harap saat aku dengan kau berduka & tertawa.. dapat menjadi debu yang di tiup angin sehinggakan debu hilang di tapak tangan kite sendiri.. aku sedih untuk menceritakan semua perjalanan hidup aku dengan kau.. kerana aku selalu membuat diary yang menceritakan ttg kita hari demi hari.. dimana perubahan dimana kesilapan.. aku mengkaji.. tetapi, diary tu telah aku bakar.. aku harap debu diary tu juga akan ditiup angin tanpa meninggalkan kesan.. aku mungkin sukar utk mencari peganti selepas ni. kerana aku cuba percaya pada takdir.. salam aku kepada kau.. sila jaga diri elok elok.. kini berakhirnya cerita ttg kite dalam percintaan.. =')