Note

KINI AKU CUBA MEMBAWA SUASANA YANG CERIA.. SAMBIL BERKARYA DENGAN SPONTAN..

Thursday, January 26, 2012

menitis air mata..

aku ingin meminta mimpi yang aku berada dineraka.. kerana aku sedar.. setiap manusia pasti tidak lari dari kesalahan bukan.. adakah aku akan bermimpi yang aku akan berada dineraka ? hati kecil aku menjawab.. biarkan kau menerima mimpi dengan sebegitu cara.. dengan cara itu akan membantu aku untuk memberi pengajaran.. aku dapat panggilan dari sahabat aku yang telah mengalami mimpi sebegitu ngeri dalam hidup die.. sehinggakan dia telah berubah kejalan yang benar.. Ya Allah , menitis air mata aku setelah mendengar cerita mengenai mimpi yang dia alami.. dalam masa 3 jam die ibarat diseksa hidup².. ya allah.. kau berikan aku peluang seperti sahabat aku ini ya allah.. adakah mimpi ini dia dipilih? hati aku bertanya sambil memikir panjang demi kehidupan aku seterusnya.. adakah ada peluang untuk aku tebus segalanya utk memperbaiki keadaan sekarang ni.. Ya Allah, setiap titisan air mata aku ni.. kau pilih aku untuk mimpi tersebut.. kerana aku ingin alami dengan hati kecil ku sendiri.. dia sahabat aku yang berubah dalam sekelip mata.. kau adalah hamba allah yang terpilih dalam mimpi tu.. aku sebagai sahabat mendoakan kau supaya dicucuri rahmat.. setiap titisan air mata aku sebagai sahabat.. aku harap kau dapat menyelamat rakan rakan kita sekarang ini yang tejerumus ke jalan yang tidak benar.. kau bimbing la mereka.. kau ajar la merekaa.. begitu juga aku.. yang tidak sempurna dalam bab keagamaan.. "Titisan Air Mata" sebagai "Sahabat" =')

Maafkan aku..

aku tak ada niat untuk memalukan sesiapa dalam setiap percakapan aku kepada mana-mana laman sosial.. ianya sebagai satu luahan dari hati aku sendiri.. aku tidak mampu untuk melakukan semua ini melainkan ianya sudah lama untuk aku perhatikan.. dan segala apa yang aku update itu adalah "satu luahan hati" tetapi, masih lagi yang senang terasa hati.. please buka minda.. kite masing masing mempunyai kelebihan berpetah bila bercakap.. jadi kita kena fikir.. mana baik dan mana satu buruk.. harap korang faham apa tujuan aku sebenarnya. misal kata adanya salah dimana mana. sila beri teguran kepada aku untuk aku memperbaiki kesalahan aku.. terima kasih.

cerita aku dan kau

aku tak penah melepaskan kata-kata menyesal mengenal siapa diri kau. tapi, aku ingin menjelaskan kepada kau.. selama aku dan kau dalam hubungan ni.. kau membuatkan aku terseksa. sehinggakan aku tidak boleh terima sikap kau yang ego & sombong.. kau tidak sedar, yang kau sudah pon tidak menghargai aku yang bersama dengan kau selama ni. walaupon pekenalan kite terlama.. kau masih tidak memahami apa yang aku perlukan dari kau.. aku cuma nak tekankan disini.. harap selepas pemergian aku dalam hubungan kite selama ni.. harap kau dapat mengubah sikap kau. kerana sayang dengan perjalanan hidup kau.. walaupon aku tahu untuk menjaga diri sendiri.. aku tidak penah tinggal utk mengambil tahu pasal kau walaupon aku bukan teman istimewa kau buat selama-lamanya.. harap dengan apa aku cakapkan sekarang ni.. kau dapat terima dengan hati yang terbuka.. walaupon, aku sendiri penah rasa hidup dengan kau dalam perhubungan kite sebagai kekasih hati. bagi aku ini biar lah kali terakhir utk aku mengenali apa itu cinta. dengan penuh kejujuran & keihklasan aku dalam hubungan ini utk menyanyangi kau.. aku sendiri terseksa dengan sikap kau yang telah menjadi bukti didepan mata aku sendiri.. tapi, ianya bukan berlaku buat pertama kali. tetapi, berkali-kali. aku terpakse membuat ianya satu prasangka buruk aku kepada kau untuk menyedapkan hati aku untuk teruskan menjaga hubungan aku dgn kau. tapi, ianya terbukti.. kini biarkan aku sendiri mengundur diri, aku tidak sanggup menerima ending seterusnya dengan hati tidak terima dengan apa terjadi nanti. maafkan aku. kau cuba memalukan aku, tetapi aku tidak sanggup memalukan seseorang yang dinama bekas kekasih.. kerana aku tahu, hati wanita lebih lembut dari lelaki.. jadi aku hormat kau sebagai wanita. misal katanya aku ada peganti, akan aku hulurkan satu kad jemputan khawin utk keluarga kau. dari situ aku nak kau tahu.. bahawa aku perlu seseorang yang aku ingin jadikan ia bagai bidadari yang akan hidup bersama aku buat selama-lamanya.. ianya dinamakan "Isteri" =') aku harap saat aku dengan kau berduka & tertawa.. dapat menjadi debu yang di tiup angin sehinggakan debu hilang di tapak tangan kite sendiri.. aku sedih untuk menceritakan semua perjalanan hidup aku dengan kau.. kerana aku selalu membuat diary yang menceritakan ttg kita hari demi hari.. dimana perubahan dimana kesilapan.. aku mengkaji.. tetapi, diary tu telah aku bakar.. aku harap debu diary tu juga akan ditiup angin tanpa meninggalkan kesan.. aku mungkin sukar utk mencari peganti selepas ni. kerana aku cuba percaya pada takdir.. salam aku kepada kau.. sila jaga diri elok elok.. kini berakhirnya cerita ttg kite dalam percintaan.. =')